
![]() |
| MOHD. ZAFIZI |
KOTA BHARU - Dua penyokong bola sepak Kelantan termasuk seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam mengaku bersalah selepas mereka dituduh memiliki mercun ketika ditahan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini malam kelmarin.
Tertuduh, Mohd. Zafizi Mohd. Zawawi, 29, dari Kampung Pauh dan pelajar terbabit yang berusia 17 tahun dari Pengkalan Chepa di sini masing-masing mengaku melakukan kesalahan itu di dua mahkamah majistret di sini semalam.
Mereka ditahan di pintu masuk stadium tersebut sebelum mereka sempat menyaksikan perlawanan Liga Super antara pasukan Kelantan dengan Johor FC.
Mohd. Zafizi graduan sebuah pusat pengajian tinggi tetapi masih menganggur mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: