
Shah Alam semalam.
![]() |
| KERATAN Kosmo! 22 Ogos 2009. |
SHAH ALAM - Dua penjenayah warga Indonesia yang merupakan saki-baki ahli Geng Roy mati ditembak di kawasan tangki simpanan air di Puncak Perdana di sini selepas mereka gagal menyamun sebuah rumah di kawasan itu semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kedua-dua lelaki yang dikenali sebagai Don, 30, dan Ferdi, 20, apabila mereka cuba menyerang polis menggunakan parang.
Don adalah adik kepada ketua penjenayah Geng Roy yang mati ditembak bersama pembantunya yang dikenali sebagai Andre di Kayangan Height di sini pada Ogos tahun lalu.
Lokasi kematian Don dan abangnya yang dikenali sebagai Roy terletak dalam jarak kira-kira dua kilometer.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum ditembak mati, Don dan Ferdi cuba menyamun sebuah rumah di Perdana Height di sini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: