Wednesday, January 13, 2010

Hajar titis air mata cerita didera


Siti Hajar hadir memberi keterangan kes dera oleh majikannya, Yuan Tyng di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang pembantu rumah warga Indonesia menitiskan air mata serta meluahkan perasaan marah terhadap bekas majikannya ketika memberi keterangan terperinci di Mahkamah Sesyen di sini semalam mengenai kejadian dia disimbah air panas manakala lehernya dikelar menggunakan pisau pemotong sayur.


Yuan Tyng menutup muka ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah
Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Siti Hajar Sadli, 34, juga tidak dapat menahan sebak ketika memberitahu mahkamah mengenai seorang pemandu teksi yang membantu menghantarnya ke Kedutaan Indonesia di sini serta memberi wang tunai RM18 untuk membeli makanan tetapi dia tidak dapat mengambil nama ataupun nombor pendaftaran teksi tersebut kerana keadaannya yang terlalu lemah ketika itu.

KERATAN Kosmo! 9 Jun 2009.

Siti Hajar turut mengenal pasti lesung, tukul besi, pisau, parang, gunting, cawan, dan kerusi besi yang didakwa digunakan oleh ibu tunggal Hau Yuan Tyng, 43, yang menghadapi dua tuduhan mendatangkan kecederaan parah serta tuduhan mendatangkan kecederaan menggunakan gunting terhadapnya.

Mangsa turut mengenal pasti kerusi kayu yang patah, yang didakwa digunakan untuk menyerangnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: