![]() |
| |
LONDON - Pewaris kedua takhta Britain, Putera William (gambar) menegaskan bahawa beliau tidak akan mengambil alih peranan ayahandanya, Putera Charles sebagai pewaris takhta buat masa ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang jurucakap istana St James berkata, putera yang berusia 27 tahun itu bercadang mahu memberi perhatian penuh terhadap kerjayanya sebagai tentera pada tahun depan.
"Putera William tidak akan memilih untuk menjadi 'raja bayangan' walaupun kemungkinan peluang itu ada," kata jurucakap itu.
"Dalam beberapa tahun akan datang, Putera William akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya baginda sebagai tentera," ujarnya lagi.
Katanya, Putera William juga akan meningkatkan lagi penglibatannya dalam aktiviti kebajikan masyarakat.
Pihak istana memberi reaksi berhubung satu laporan media yang melaporkan pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II mahu cucunya dilatih menjadi raja bayangan dan berada bersama bapanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: