Monday, January 4, 2010

Banduan cuba larikan diri minta tolong


BEBERAPA pengawal menarik keluar Carrillo yang tersangkut pada siling dan jeriji besi sebuah penjara di Valle Hermoso, Mexico.


BANDAR RAYA MEXICO - Seorang banduan, Roberto Carrillo menjadi bahan ketawa pengawal-pengawal sebuah penjara apabila dia tersangkut pada sebuah lubang di siling dan jeriji besi penjara ketika cuba melarikan diri, lapor sebuah akhbar semalam.

Semasa kejadian, dia cuba melarikan diri dari sebuah penjara di Valle Hermoso di Mexico pada hari tahun baru.

Namun, pinggangnya tersekat pada satu lubang kecil yang terdapat di siling menyebabkan dia tidak dapat bergerak.

Apa yang lebih memalukan ialah Carrillo seperti berada dalam keadaan tergantung dengan kepalanya memandang lantai penjara.

Banduan itu kemudian menjerit meminta pertolongan dan apabila pengawal-pengawal penjara tiba, perkara pertama yang mereka lakukan ialah ketawa.

Pengawal-pengawal itu menggunakan gergaji rantai untuk memotong jeriji besi penjara sebelum menariknya keluar dari lubang dan menyumbatkannya semula ke dalam penjara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: