Saturday, January 16, 2010

Polis arah batal acara Mr. Gay


SEORANG peserta, Simon Wang (kiri) mencuba sehelai baju sehari sebelum pertandingan Mr. Gay diadakan di sebuah kelab malam di Beijing semalam.

BEIJING - Polis China semalam mengarahkan satu pertandingan Mr. Gay bagi mencari lelaki homoseks paling tampan yang pertama di negara itu dibatalkan.

Penganjur acara itu, Ben Zhang mendakwa, pegawai-pegawai polis tiba-tiba datang ke tempat pertandingan tersebut di sebuah kelab malam mewah di sini dengan menyatakan ia tidak boleh diadakan.

Arahan pembatalan itu dibuat sejam sebelum pertandingan bermula.

Dia berkata, pihak polis memintanya supaya mendapatkan kebenaran bagi menganjurkan acara itu termasuk sesi persembahan peserta yang memperagakan seluar dalam kerana ia melibatkan pertunjukan pentas.

Pembatalan itu agak mengejutkan setelah pihak penganjur membuat raptai pada malam kelmarin sehingga mendapat liputan meluas akhbar tempatan.

Kira-kira 30 juta penduduk negara itu merupakan golongan homoseks dengan dua pertiga daripadanya ialah lelaki gay.

Seramai lapan lelaki sepatutnya bertanding manakala pemenang akan mewakili China pada peringkat antarabangsa, Worldwide Mr. Gay di Oslo, Norway bulan depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: