Saturday, January 16, 2010

Dua remaja Korea juara taip mesej

NEW YORK - Dua remaja Korea Selatan dinobatkan sebagai penekan butang untuk menaip mesej paling pantas di dunia dengan menggunakan telefon bimbit kelmarin.

Remaja itu, Bae Yeong Ho, 17, dan rakan senegaranya, Ha Mok Min, 18, yang merupakan seorang wanita berkongsi hadiah wang tunai berjumlah $100,000 (RM334,050).

Pertandingan Piala Dunia Telefon Bimbit yang diadakan itu bertujuan untuk menguji kepantasan dan ketepatan jari golongan remaja menaip mesej.

Tempat kedua dimenangi oleh Kate Moore, 16, dari Amerika Syarikat (AS) dan Morgan Dynda dari Pooler, Georgia. Mereka memenangi hadiah wang tunai $20,000 (RM66,810).

Pasukan Argentina mendapat tempat ketiga manakala peserta Brazil berada di tempat keempat.

Seramai 26 finalis layak bertanding selepas mereka dipilih daripada kalangan 200,000 peserta dalam pemilihan awal pada Mei lalu.

"Peserta wanita lebih pantas kerana tangan mereka yang lebih kecil. Saya mempunyai tangan yang bagus untuk menekan butang. Tangan saya kecil, jari saya panjang dan tentunya saya pantas," katanya.

Bahasa Inggeris merupakan teks untuk peserta dari AS, Kanada, Afrika Selatan, Australia dan New Zealand.

Peserta-peserta dari Indonesia, Portugal, Rusia, Mexico dan Sepanyol turut menyertai pertandingan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: