
![]() |
| KERATAN Kosmo! 27 Disember lalu. |
Permit bas dua tingkat dengan nombor pendaftaran WSX 5010 yang terbabit dalam nahas itu dibatalkan serta-merta manakala permit untuk 24 buah bas lain tidak akan diperbaharui selama setahun selepas ia tamat.
Ini bermakna Sani tidak lama lagi akan berhadapan dengan keadaan di mana sebuah demi sebuah bas ekspres miliknya terpaksa 'direhatkan' setahun selepas prosedur pembaharuan permit setiap kenderaan itu dibekukan.

Syarikat itu juga diberi tempoh sebulan untuk meningkatkan sistem tadbir urus pemandunya sebagai jaminan keselamatan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, urusan pembekuan permit itu membabitkan prosedur permohonan baru, pembaharuan lesen atau permit serta ubah syarat.
"Inilah hukuman setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan," tegasnya pada sidang akhbar di sini semalam selepas memperoleh hasil siasatan jawatankuasa inkuiri nahas tersebut.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: