
KUALA LUMPUR - Pemasangan papan iklan besar (billboard) di kawasan bandar-bandar utama di negara ini bukan sekadar menjadikan persekitaran semak 'mata memandang' tetapi juga mendedahkan warga kota kepada risiko perlakuan jenayah.
Dalam kes di jejantas pejalan kaki, kedudukan papan iklan yang besar sama ada di tepi atau atas binaan itu boleh mengalihkan perhatian atau membataskan pandangan orang ramai.
Pensyarah Kanan Fakulti Seni Bina dan Perancangan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Rustam Abbas (gambar) memberitahu, ia boleh membuka peluang kepada penjenayah untuk memerangkap pengguna jejantas.
"Kita mungkin tidak dapat melihat dengan jelas apa yang terjadi kepada orang awam yang menggunakan jejantas itu, mereka mungkin diragut, dipukul atau jadi mangsa rompak.
"Untuk itu pemasangan papan iklan besar perlu dihadkan supaya kita tidak terperangkap dengan pengaruhnya yang semakin besar,'' katanya ketika dihubungi semalam.

PENGGUNA jejantas ini boleh menjadi mangsa jenayah disebabkan papan iklan besar membataskan pandangan mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: