Thursday, January 14, 2010

Pelajar China mengamuk di Perancis


SEBUAH ambulans diletakkan di depan Universiti Via Domitia di Perpignan, selatan Perancis semalam.

PERPIGNAN - Seorang pelajar lelaki dari China berusia 26 tahun ditahan polis selepas dia menikam seorang wanita dan mencederakan tiga yang lain dalam satu serangan mengejut di sebuah universiti di selatan Perancis semalam.

Pendakwaraya awam, Jean-Pierre Dreno berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan.

Suspek penuntut pengajian Sosiologi itu mula menyerang di jabatan tersebut di Universiti Via Domitia.

Mangsa yang terbunuh ialah seorang setiausaha berusia 49 tahun manakala tiga lagi yang cedera dikenal pasti sebagai profesor dan guru bantuan.

"Dia menyerang semua mangsa itu dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging sepanjang 30 sentimeter dan suspek kini berada dalam tahanan pihak polis," kata Dreno.

Beberapa buah akhbar tempatan melaporkan, suspek dipercayai pernah menerima rawatan selepas menunjukkan masalah tingkah laku.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: