Wednesday, January 6, 2010

Pelacur dipenjara jika enggan dipulihkan


anggota polis bercakap dengan dua pelacur yang ditangkap dalam satu operasi di Dallas pada November lalu.

DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Pelacur-pelacur di sini kini dianggap mangsa jenayah seks dan diberikan pilihan sama ada dipenjarakan atau menjalani program pemulihan.

Program pemulihan itu dikendalikan bersama oleh pihak berkuasa tempatan dan badan bukan kerajaan.

"Kami ialah perintis program ini. Ia satu-satunya program yang diterajui polis sekali gus menjadi pencetus anjakan dalam amalan penguatkuasaan undang-undang," kata Renee Breazeale, pengarah pusat Homeward Boundram yang menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pelacur-pelacur di Dallas.

Program itu bermula dengan operasi bulanan menangkap pelacur di beberapa lokasi pelacuran yang dianggap sebagai pusat jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis.

Pelacur yang memilih untuk menjalani program itu akan menyertai sesi kaunseling selama 45 hari sebelum menerima pelbagai bentuk bantuan dan insentif termasuk pendidikan, penjagaan kanak-kanak serta perumahan.

Kebanyakan pelacur yang ditahan pada bulan lalu dalam satu operasi tidak mengetahui mengenai program itu.

Dalam operasi itu, seorang pelacur remaja duduk di atas tanah dan muntah.

Seorang lagi wanita yang ditangkap itu memakai kasut tumit tinggi dan baju tanpa tali bahu.

Menurut seorang pegawai polis, Sarjan Louis Felini, pelacur-pelacur itu memperdagangkan seks untuk mendapatkan makanan dan tempat tidur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: