Wednesday, January 6, 2010

Penyanyi Ungu cium bekas isteri


GAMBAR menunjukkan Pasha dan Okky berpelukan di sebuah mahkamah di Bogor, Jawa Timur.

BOGOR - Penyanyi band Ungu, Sigit Purnomo Syamsuddin Said yang turut dikenali dengan panggilan Pasha memenuhi permintaan Ketua Majlis Hakim, Wedhayati untuk meminta maaf kepada bekas isterinya, Okky Agustina Sofyan berhubung kes keganasan rumah tangga, lapor akhbar Kompas.com semalam.

"Sebagai lelaki, kamu berani atau tidak meminta maaf kepada Okky?" kata Ketua Majlis Hakim, Wedhayati di sebuah mahkamah di Bogor, Jawa Barat.

"Ya, saya mahu," jawab Pasha.

Namun, pada mulanya, bekas isteri Pasha itu tidak yakin dengan sikap ikhlas penyanyi tersebut.

Okky memberitahu hakim bahawa penyanyi itu akan meneruskan sikap kasarnya selepas meminta maaf.

Ketua majlis hakim tersebut kemudian mencelah dengan menyatakan minta maaf itu datangnya dari dalam hati.

Okky kemudian bersetuju menerima permohonan maaf itu.

Pasha yang popular dengan lagu Hatiku Hampa itu menghampiri Okky dan meminta maaf jika terdapat sebarang perbuatan yang tidak disukai bekas isterinya sepanjang mereka hidup berumah tangga.

Okky kemudian berkata: "Saya dan anak-anak sudah memaafkan."

Pasha kemudian mencium pipi bekas isterinya dan berpelukan manakala orang ramai yang berada di mahkamah itu bertepuk tangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: