
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin mengakui bahawa beliau mengabaikan hubungan secara terus dengan penduduk AS.
Beliau membuat kenyataan itu selepas seorang calon daripada Parti Republikan, Scott Brown menewaskan Parti Demokrat yang dianggotai oleh Obama pada satu pilihan raya Dewan Senat di Massachusetts pada Selasa lalu.
Sebelum ini kerusi Dewan Senat di Massachusetts menjadi milik bekas senator Edward Kennedy yang meninggal dunia pada tahun lalu.
"Jika terdapat sesuatu yang saya kesali pada tahun ini ialah kita terlalu sibuk berurusan dengan banyak krisis yang berada di depan kita dan saya berpendapat kita kehilangan beberapa rasa prihatin untuk bercakap secara terus dengan penduduk AS," kata Obama kepada wartawan stesen televisyen ABC News.
Presiden AS itu menyatakan bahawa dia menganggap jika beliau menumpukan usaha membuat keputusan dasar yang baik, pengundi akan memahaminya.
Namun, katanya, penduduk AS telah dilanda satu perasaan dingin dan sikap terpisah dari Washington.
"Itu saya berpendapat merupakan kesalahan saya," kata Obama yang menganalisis mood dan kekecewaan penduduk AS akibat kesan kemelesetan yang melanda negara itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: