Friday, January 22, 2010

Gambar Woods di klinik rawatan disiarkan


GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Daily Mail semalam menunjukkan lelaki yang didakwa sebagai Woods sedang berjalan di sebuah klinik bagi merawat ketagihan seksnya di Hattiesburg, Amerika
Syarikat.

JACKSON, Mississippi - Gambar pertama bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods di sebuah klinik bagi merawat ketagihan seks disiarkan di beberapa buah laman web di Amerika Syarikat (AS).

Beberapa buah akhbar lain seperti Daily Mail di Britain turut menyiarkan gambar tersebut.

Gambar itu menunjukkan seorang lelaki yang didakwa sebagai Woods menutup kepalanya dengan baju.

Woods dirakamkan sedang berjalan di luar sebuah klinik di Hattiesburg, di negeri Mississippi.

Dia turut memakai topi besbol dan mukanya kelihatan berjambang.

Woods kini dilaporkan menjalani rawatan pemulihan bagi merawat ketagihan seks.

Sebuah laman web, RadarOnline.com yang menyiarkan imej itu pagi semalam melaporkan laporan akhbar Enquirer mengenai Woods itu meninggalkan sedikit keraguan mengenai kesahihan gambar berkenaan.

"Seorang saksi mengesahkan bahawa tidak ada keraguan lagi bahawa lelaki di dalam gambar itu ialah Woods," lapor laman web tersebut.

Pada Disember lalu, pihak media membongkar skandar Woods dengan kira-kira 14 wanita walaupun dia sudah memiliki isteri yang cantik iaitu bekas model Sweden, Elin Nordegren dan memiliki dua anak.

Antara wanita yang dikaitkan dengan Woods itu ialah seorang pelacur.

Skandal itu menyebabkan rumah tangganya sedang menuju ke arah kehancuran apabila isterinya dikatakan mahu menuntut cerai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: