Saturday, January 2, 2010

Muszaphar cari lokasi sanding

majlis pertunangan mereka." title="SAMA PADAN...Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina selepas
majlis pertunangan mereka." border="0" width="300" height="286">
SAMA PADAN...Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina selepas
majlis pertunangan mereka.

SEREMBAN: “Saya tidak cari kecantikan, tetapi wanita yang faham kerja saya,” kata angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie, 38, sebaik selesai majlis pertunangan dengan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos, di Hotel Klana Resort di sini, semalam.

Menurutnya, Dr Halina memahami kerjaya dan kehendaknya sejak mereka berkenalan kira-kira lapan tahun lalu.

Katanya, beliau merancang mengadakan majlis pertunangan sebelum berlepas ke Stesen Angkasa Lepas (ISS) pada 2007 lalu, namun terpaksa ditangguhkan.

“Saya gembira kerana akhirnya dapat melangsungkan hari yang begitu bermakna (pertunangan) ini. Walaupun saya sudah pergi ke angkasa lepas pastinya tetap berdebar-debar juga.

“Kami akan melangsungkan perkahwinan pada 10.10.2010 nanti,” katanya dalam sidang media selepas majlis pertunangan yang turut dihadiri bapanya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor dan ibunya, Datin Zuraidah Sheikh Ahmad serta bakal mentuanya, Mohd Yunos Mohd Ali dan Habibah Endan.
Ditanya mengenai keunikan tarikh perkahwinan yang dipilih, Dr Sheikh Muszaphar berkata, ia bersempena tarikh beliau dipilih berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007.


Menurutnya, beliau masih mencari lokasi sesuai untuk hari bahagia mereka.

“Kami dalam proses mencari lokasi persandingan yang sesuai sebab saya kepunyaan negara. Saya ingin tempat ‘open public’ supaya senang orang ramai nak lihat.

“Kami akan buka kepada orang ramai untuk balas jasa mereka yang mendoakan kejayaan saya di angkasa lepas,” katanya.

Mengulas mengenai wang hantaran yang bakal diberikan, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan tidak lama lagi dan tidak menolak kemungkinan perkahwinan itu nanti akan bertemakan angkasa lepas.

Sementara itu, Dr Halina, 30, berkata beliau menerima Dr Sheikh Muszaphar dengan sepenuh hati dan sanggup menunggu selama lapan tahun sebelum dapat disatukan dalam ikatan pertunangan seterusnya majlis perkahwinan yang dijangka berlangsung pada 10 Oktober depan.

“Kalau dah sayang saya sanggup lalui apa saja bersama beliau dalam menghadapi setiap cabaran hidup,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: