Thursday, January 21, 2010

Masih pemilik kaki seksi


KAN MI YEON


KAN MI YEON, bekas anggota Baby VOX pernah menarik perhatian khalayak bukan sekadar kerana bakat nyanyiannya. Sebaliknya wanita ini pernah menawan hati khalayak dengan sepasang kaki yang cantik. Itu kisah 10 tahun lalu.

"Bentuk kaki Kan Mi Yeon memang menawan. Malah kakinya yang cantik itu mampu mengalahkan banyak benda berharga lain. Dia juga jadi terkenal kerana kakinya yang menawan itu," ulas kebanyakan khalayak mengenai penyanyi ini beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun sejak dua tahun lalu kelibat Kan Mi Yeon tidak kelihatan di Korea. Sebaliknya dia melebarkan sayapnya di China selama dua tahun.

Namun kini, Kan Mi Yeon kembali ke Korea untuk melancarkan album terbarunya, sekali gus membuat kemunculan semula.

Menakjubkan kerana selepas 10 tahun, Kan Mi Yeon masih mempunyai sepasang kaki yang menawan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: