Thursday, January 21, 2010

Deejay radio sila sopan sikit

MARILYN ni kalau waktu pagi, suka 'layan' celoteh deejay popular, Aznil Nawawi dan Din Beramboi, tambah-tambah kalau ketika memandu ke tempat kerja.

Alkisahnya, pada pagi Isnin lalu, disebabkan memang kebetulan empat siaran radio secara serentak siarkan iklan yang panjang berjela, Marilyn cubalah nak ubah selera dengan mengalih frekuensi kepada stesen radio remaja yang ikut selera budak-budak muda sekarang.

Memang cara kendalian kedua-dua deejay lelaki stesen radio itu selamba habis. Tapi Marilyn terkejut apabila mendengar perbualan dua deejay berkenaan selepas lagu Awan Yang Terpilu nyanyian Ning Baizura diputarkan.

Boleh tak selepas lagu itu habis dimainkan, salah seorang deejay tu kata, dia tak pernah dengar lagu Ning Baizura dan berasa lagu itu best.

Tapi jawapan yang dilontarkan seorang lagi deejay sangat mengejutkan Marilyn. Dia kata, 'S*** betullah kau ni'!

Marilyn kecewa betul dengan tindakan deejay berkenaan. Marilyn berharap agar pihak pengurusan lebih peka dengan tutur kata deejay mereka yang baru setahun jagung dalam dunia penyiaran radio.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: