![]() |
| |
Seorang anggota polis, Sarjan Thomas Molnar berkata, suspek Christopher Speight (gambar), 38, menyerah diri di lokasi kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi waktu tempatan.
Menurutnya, suspek merupakan orang yang dikenali mangsa-mangsa yang ditembak tetapi maklumat terperinci berhubung status hubungan mereka tidak didedahkan.
Dalam insiden kelmarin, polis menemui tiga mayat di dalam sebuah rumah di sini.
Empat lagi mayat berada luar kediaman tersebut manakala seorang lelaki ditemui cedera di sebuah jalan raya berhampiran tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.
Menurut polis, mereka yang terbunuh termasuk lelaki dan wanita manakala motif kejadian masih disiasat.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: