
“Saya tahu audiens sekarang suka menonton filem yang kelakar. Mereka tidak mahu beli tiket semata-mata nak memeningkan kepala di dalam panggung. Jadi saya ambil inisiatif ini untuk memberikan memberikan audines satu hiburan bersahaja.
“Tajuk filem ini memang seperti seorang kaki lumba haram. Namun saya letakkan pelumba itu adalah Adnan yang lebih dikenali sebagai Nan Sempit, seorang lelaki yang pada fizikalnya sahaja seperti ganas tetapi dia seorang yang berjiwa halus.
“Tetapi dalam filem ini, saya tidak menumpukan hanya kepada watak Adnan, malah saya selaraskan dengan watak pembantu yang lain. Saya mahu melalui filem ini, audiens akan dapat melihat keseragaman semua pelakon dan menunjukkan semua pelakon adalah penting,” katanya.
Filem yang menerapkan pelbagai elemen seperti perlumbaan motor, pergaduhan, seram dan romantik dilakukan secara bersahaja tanpa memberikan tekanan kepada penonton.
Banyak mesej yang cuba disampaikan oleh Ahmad Idham menerusi filem ini. Namun katanya, ia terpulang kepada penonton untuk menilainya.
Shaheizy Sam yang digandingkan bersama Intan Ladyana diberikan tanggungjawab untuk membawa filem ini ke satu aras yang lebih tinggi. Walaupun filem komedi namun elemen yang digarapkan di dalam filem ini tidaklah semudah yang disangka.
Elemen nyanyian dalam filem
Seperti filem muzikal, filem Adnan Sempit turut menampilkan adegan nyanyian di antara Wawa lakonan Norliana Samsudin dan Boby ( Along Cham). Walaupun ia dilakukan secara spontan, ia dikatakan menambah kelainan filem ini.
“Adegan itu terjadi tanpa disangka. Idea itu datang secara tiba-tiba dan pelakon pula menyanyikannya secara ‘live’ waktu itu. Saya cuba bawa perubahan di dalam setiap filem arahan saya agar ia tidak nampak klise dengan filem-filem yang lain,” katanya.
Filem ke-33 terbitan Metrowealth ini dikatakan bakal menjadi kayu pengukur terhadap kredibiliti Ahmad Idham kerana berani mengetengahkan barisan yang baru dalam dunia perfileman.
“Saya mengambil risiko. Tapi saya tahu kemampuan pelakon-pelakon ini. Seperti Sam yang sudah lama berkecimpung dalam dunia drama, saya angkat sebagai hero kerana keupayaan yang dimilikinya. Saya gabungkan Sam dengan Intan Ladyana.
“Saya yakin dengan bakat Sam. Raut wajahnya yang selamba itulah yang bakal membuatkan audiens akan suka pada karakternya.
“Sememangnya saya suka gabungan baru seperti ini kerana dengan cara ini industri filem akan berkembang. Selain itu, saya letakkan Liana , Along, Angah, Cat serta beberapa pelakon lain agar filem ini nampak lebih segar,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: