Monday, January 18, 2010

Kedai emas dirompak kali kedua


ROSLAN menunjukkan lubang pada peti besi di kedainya yang ditebuk perompak menggunakan gerudi konkrit di Gunung Rapat, Ipoh semalam.

IPOH - Seorang pemilik kedai emas kerugian RM400,000 apabila pelbagai barang kemas dilarikan penjenayah yang memecah masuk kedainya dengan menebuk dinding menggunakan gerudi di Gunung Rapat di sini semalam.

Ini merupakan kejadian kedua menimpa Mejar (B) Roslan Zakaria, 52, apabila kedainya itu pernah kerugian RM500,000 apabila dirompak sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol 23 Oktober tahun lalu.

Dalam kejadian dipercayai berlaku awal pagi semalam, beberapa dulang barangan kemas yang tersimpan dalam peti besi di pejabat kedai Roslan lesap.

Difahamkan, barang kemas tersebut dilarikan melalui lubang kecil yang ditebuk menggunakan gerudi konkrit daripada dua buah kedai bersebelahan.

Insiden itu sebenarnya telah 'dimaklumkan' kepada Roslan menerusi sistem penggera kawalan keselamatan kedai emas yang disambungkan terus ke telefon bimbitnya, tetapi dia tidak mengendahkannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: