Monday, January 18, 2010

Rosli sah suami Ilyani


ROSLI dan Ilyani sewaktu meninggalkan rumah mereka tempoh hari sebelum Mahkamah Tinggi Syariah membatalkan perintah mufarakah
di Kota Bharu semalam.




KOTA BHARU - Bekas pegawai khas kepada seorang anggota Exco kerajaan negeri, Dr. Rosli Allani S. Abdull Kadir, 35, dan pasangannya, Ilyani Mohd. Noor, 30, kini disahkan sebagai suami isteri dan boleh tinggal bersama.

Rosli berjaya dalam tuntutannya membatalkan perintah mufarakah untuk tinggal bersama dengan isteri keduanya itu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Hakim Syarie, Mohamed Yusof Awang membatalkan perintah mufarakah selepas pasangan itu telah berkahwin semula mengikut syarak di Kampung Bangsal Wakseng, Yarang, Pattani, Thailand pada 22 Disember tahun lalu.

Pasangan itu juga bersetuju membatalkan perkahwinan pertama mereka di Masjid Subang Airport, Selangor pada 26 Disember 2008.


KERATAN Kosmo! 29 Disember 2009.

Mahkamah itu pada 9 November 2009 lalu memerintahkan Rosli dan Ilyani bermufarakah selepas bapa Ilyani, Mohd. Noor Che Man, 58, memohon mahkamah membatalkan perkahwinan mereka yang diragui kesahihannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: