Wednesday, January 13, 2010

KD Sahkan Pernikahan Tahun Ini

Kris Dayanti (KD) tidak lagi menyembunyikan status apabila secara terbuka mengakui akan menamatkan zaman jandanya pada tahun ini. Tiada lagi spekulasi atau gosip liar yang datang daripada media Indonesia kerana kebenarannya telah disahkan sendiri daripada empunya badan.


Nampaknya KD seakan mengiyakan tuduhan yang dilemparkan Anang yang mengatakan terdapat orang ketiga dalam ikatan suci mereka. Namun bagi KD, tidak mudah untuknya hidup sendiri tanpa keluarga di sisi lebih-lebih lagi dihalang daripada bertemu anak-anaknya.

"Sekarang kami masih memilih tempat yang sesuai untuk diadakan majlis pernikahan. Memang kami sudah ada perancangan namun tidak bisa diucapkan di sini.

"Apa yang penting, dia cintakan saya, keluarga dan sahabat," ujarnya ketika ditemui selepas majlis sambutan hari lahir Siti Nurhaliza dan pelancaran album CTKD di JW Marriot, Kuala Lumpur semalam.

KD bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen samaada lelaki yang bakal dinikahi tersebut adalah lelaki yang sama yang menjadi punca keruntuhan mahligai yang dibina 13 tahun bersama Anang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: