Saturday, January 9, 2010

Kayu balak bergolek depan kedai


BEBERAPA batang balak yang bergolek menindih sebuah motosikal sehingga hampir memasuki kedai makan di Kampung Labu, Jeli malam kelmarin.



KEADAAN lori yang terbalik selepas rantai besi yang mengikat 10 batang balak terputus.


JELI - Seramai 10 pelanggan yang sedang menjamu selera bertempiaran lari apabila 10 batang kayu balak yang jatuh dari sebuah lori bergolek menghampiri sebuah kedai makan di Kampung Labu, Bukit Selar di sini pukul 8.30 malam kelmarin.

Pelanggan dan pemilik kedai makan itu sempat melarikan diri ke belakang premis tersebut apabila mereka mendengar bunyi dentuman kuat dan melihat kayu balak bergolek ke arah mereka.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas rantai besi yang mengikat 10 batang balak yang dibawa sebuah lori secara tiba-tiba terputus menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal lalu terbalik.




Lori tersebut dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Balah ke Jeli.

Sebuah motosikal milik seorang pelanggan yang diletakkan di hadapan kedai makan remuk akibat dihempap balak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: