Saturday, January 2, 2010

Kareena Tidak Lagi Romantik Dalam 'Golmaal 3'

PENGARAH Rohit Shetty memilih Kareena Kapoor untuk projek filem terbarunya yang berjudul 'Golmaal 3'.

Rohit memilih Kareena kerana dia adalah antara pelakon wanita yang berjaya dalam industri perfileman.

Tambahnaya, Kreena akan memberikan komitmennya yang tinggi semasa proses penggambaran dijalankan.

Melalui filem tersebut, Kareena akan bergandingan dengan lima orang pelakon lelaki iaitu Ajay Devgn, Tusshar Kapoor, Sharman Joshi, Arshad Warsi dan Shreyas Talpade.

Filem ini turut memberikan kelainan kepada watak Kareena kerana tidak memainkan watak romantik bagi kelima-lima pelakon lelaki tesebut.

Menurut pengarahnya, Filem 'Golmaal 3' akan menjanjikan hiburan seisi keluarga selain memberikan kelainan. Filem itu dijangka akan mula menemui audien pada April depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: