Saturday, January 2, 2010

Edison Chen Dilempar Najis Di Parti Krismas

Mujurlah Edison Chen pantas bertindak, jika tidak sudah tentu muka kacaknya terkena simbahan najis

KEMERIAHAN sambutan Krismas aktor Edison Chen bertukar hambar apabila nyaris disimbah dengan sebaldi najis ketika sedang seronok berparti di Hong Kong, baru-baru ini.

Akhbar Sin Chew Daily melaporkan, aktor yang dikaitkan dengan kontroversi penyebaran gambar 'panas' dengan beberapa aktres Hong Kong menerusi internet sekitar tahun lalu, telah dihampiri oleh seorang lelaki ketika dia sedang leka menari.

Lelaki tersebut dipercayai memang berniat untuk menyimbah najis ke arah Chen. Mujurlah, Chen sempat melihat kedatangan lelaki itu dan berjaya mengelak daripada disimbah. Bagaimanapun, beberapa titis najis telah terpecik di pakaiannya.

Kejadian itu telah menggemparkan dunia hiburan di Hong Kong sebagaimana ketika gambar skandal seks aktor itu didedahkan pada tahun lalu. Lelaki tersebut telah ditahan sejurus insiden memalukan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: