Tuesday, January 5, 2010

Kalendar sukan antarabangsa 2010


JERMAN antara pasukan pilihan pada kejohanan Piala Dunia 2010.


TAHUN 2010 merupakan tahun sukan antarabangsa dengan beberapa kejohanan dan temasya sukan besar akan berlangsung di seluruh dunia, juga di peringkat tempatan. Kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang akan berlangsung pada 11 Jun hingga 11 Julai depan merupakan acara sukan paling mendapat tumpuan.

Berikut disenaraikan beberapa kejohanan sukan utama peringkat antarabangsa dan tempatan yang akan berlangsung di sepanjang 2010.

Sukan Olimpik Musim Sejuk

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 akan berlangsung pada 12 hingga 28 Februari 2010, di Vancouver, Kanada.

Ia akan disertai oleh 80 negar,a melibatkan 5,500 atlet yang akan beraksi dalam 86 acara dalam tujuh sukan.

F1 Grand Prix Malaysia

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menganjurkan Grand Prix Malaysia pada 2 hingga 4 April.

Penganjuran kali ini lebih istimewa, pertama kerana ia turut melibatkan penyertaan pasukan F1 negara, 1MF1T.

Kedua, perlumbaan F1 2010 pastinya semakin hangat dengan kehadiran semula juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher yang beraksi untuk pasukan Mercedes.

Piala Thomas/Uber

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kejohanan badminton Piala Thomas dan Uber pada 9 hingga 16 Mei di Stadium Putra Bukit Jalil.

Aksi ditempat sendiri merupakan peluang terbaik skuad badminton negara untuk mengembali piala keramat sukan badminton dengan harapan di bahu pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Piala Dunia 2010

Kejohanan Piala Dunia 2010 akan berlangsung selama sebulan mulai 11 Jun hingga 11 Julai di Afrika Selatan.

Berikutan adalah senarai 32 pasukan yang telah pun melayakkan diri ke pusingan akhir. Algeria, England Korea Utara, Serbia, Argentina, Perancis, Korea Selatan, Slovakia, Australia, Jerman, Mexico, Slovenia

Brazil, Ghana, Belanda, Afrika Selatan, Cameroon, Greece, New Zealand, Sepanyol, Chile, Honduras, Nigeria, Switzerland, Ivory Coast, Itali, Paraguay, Uruguay, Denmark, Jepun, Portugal dan Amerika Syarikat.

Badminton Kejohanan Dunia

Selepas Piala Thomas dan Uber, para pemain badminton negara berdepan satu lagi kejohanan besar iaitu Kejohanan Dunia di Paris pada 23 hingga 29 Ogos.

Sukan Komanwel

New Delhi, India menjadi tuan rumah Sukan Komanwel mulai 3 hingga 14 Oktober.

Walaupun berdepan ancaman penarikan diri oleh England, edisi ke-19 sukan diramal lancar dan meriah dengan upacara pembukaan dijadual di Stadium Jawaharlal Nehru, New Delhi. Ia pertama kali Sukan Komanwel diadakan di India dan yang kedua di Asia.

Sukan Asia

Sukan Asia pada 12 hingga 27 November di Guangzhou, China merupakan acara kemuncak sukan antarabangsa yang melibatkan penyertaan atlet Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: