Selain pakaian apakah stail rambut yang sesuai untuk 2010?
![]() |
| DAPATKAN nasihat pendandan rambut sebelum mencuba stail rambut terbaru. |
SEMUA trend fesyen akan berulang bagaikan sebuah roda. Dalam tahun-tahun akan datang, fesyen lama akan timbul semula dengan penampilan dan stail baru.
Pada 2010 stail gaya rambut bagi golongan lelaki boleh dikategorikan kepada dua iaitu stail jiwa muda dan rocker.
![]() |
| RAMBUT yang sedikit mengurai di bahagian depan sesuai digayakan oleh mereka yang berdahi luas. |
Walaupun stail rocker agak sesuai untuk abad ke-21, stail jiwa muda menyuntik sifat kasual, berfikiran terbuka dan tidak terlalu serius.
Untuk kategori tersebut, tiga trend baru yang diperkenalkan iaitu stail rambut berjambul, disikat ke belakang dan menyikat rambut belah tepi.
![]() |
| SISIR rambut anda ke bawah untuk penampilan kasual. |
Rambut berjambul ialah trend yang menjadi ikutan semenjak 2009. Namun stail itu mengalami perubahan.
Jika tahun lalu menyaksikan penggayaan rambut berjambul sehingga ke kening, 2010 mengangkat stail rambut lelaki yang lebih semula jadi.
![]() |
| TAMPIL lebih muda dan kontemporari dengan rambut cacak. |
Anda boleh memotong rambut depan sehingga ke kening tetapi biar ia menyisir secara rawak.
Minta pendandan rambut memotong rambut secara beralun. Stail itu membuatkan anda nampak jauh lebih muda daripada usia sebenar selain tampil rileks.
![]() |
| GEORGE CLOONEY terkenal dengan gaya rambut yang disisir ke belakang. |
Kedua ialah stail rambut yang disikat ke belakang. Contoh paling jelas ialah pelakon Hollywood, George Clooney. Beliau menjadi pengaruh utama yang mempopularkan gaya rambut yang menyisir ke belakang di dahi.
Stail itu cuma menonjolkan satu identiti penting iaitu klasik. Ia sememangnya digemari oleh kebanyakan warga Amerika Syarikat (AS), antaranya ialah pereka fesyen veteran, Ralph Lauren. Walaupun glamor di negara tersebut, penerimaannya di tempat lain bergantung kepada kemampuan individu.
Bagi mereka yang memiliki rambut lurus, jangan potong rambut terlalu pendek tetapi beralun. Namun pastikan rambut di bahagian tepi pendek.
Anda berambut keriting? Dapatkan nasihat daripada pendandan rambut yang bertauliah.
Sekiranya anda sanggup menghabiskan masa untuk meluruskan rambut setiap pagi, masukkan stail rambut itu dalam senarai azam tahun baru.
Pemilihan rambut yang dibelah tepi atau tengah sebelum menyisir ke belakang bergantung kepada bentuk muka individu. Anda juga boleh menggunakan gel rambut untuk memperkemaskan rambut.
Trend menyikat rambut dengan belah tepi seperti golongan bapa mempamerkan personaliti yang serius dan formal. Contoh terbaik ialah Prince Edward.





No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: