Sunday, January 10, 2010

Himpunan lagu artis popular AF dalam Era Muzik Hits

Astro Entaiment Sdn. Bhd (AESB) kini tampil dengan album berjudul ‘Era Muzik Hits Terkini’, kompilasi sepuluh buah lagu terhangat di carta radio Era yang melibatkan sembilan artis di bawah naungan AESB iaitu Mawi, Mila Stacy, Hafiz, Aril, Akim, Yazid, Isma, dan Anita Sarawak.

Pengarah Eksekutifnya, Zainir Aminullah, album Era Muzik Hits ini bertujuan untuk memenuhi permintaan sebahagian besar peminat yang ingin memiliki koleksi peribadi lagu-lagu nyanyian artis kesayangan mereka.

“Album ini juga memudahkan peminat mendengar himpunan lagu-lagu ini yang turut menerima permintaan tinggi dari pendengar radio. Malah dedikasikan khas kepada penyokong bintang-bintang Akademi Fantasia,” katanya.

Album kompilasi ini memuatkan tujuh buah lagu yang berjaya bertahan lama di carta sehingga melebihi enam bulan. Masih Jelas nyanyian hafiz dan Bengang nyanyian Akim berjaya bertahan paling lama iaitu selama 29 minggu. Diikuti Pakai Buang dendangan Stacy selama 16 minggu berturut-turut manakala Sujud nyanyian Mawi bertahan selama 14 minggu.

Lagu ‘Jika Kau Ubah Fikiran’ dendangan Mila juga tidak kurang hebatnya kerana menduduki 10 minggu berturut-turut di tangga carta. Malah lagu duet Stacy dan Adam, ‘Mengegar Dunia’ juga mendapat perhatian pendengar kerana berada selama tujuh minggu di carta Era. Tidak terkecuali, lagu ‘Menatap Wajahmu’ nyanyian Aril yang berjaya menjuarai carta Era selama tiga minggu berturut-turut.

Sementara itu, lagu ‘Berbicara’ dendangan Isma dan Sugul nyanyian Yazid juga semakin mendapat perhatian pendengar. Sebagai bonus, album ini turut memuatkan lagu ‘Maafkan’ dari penyanyi tersohor, Anita Sarawak.

Album yang boleh dimiliki dengan harga RM21.90 ini turut memuatkan tujuh klip video artis terpilih dengan percuma. Pastikan anda tidak ketinggalan mendapatkan album terbitan Warner Music yang kini sudah pun berada di pasaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: