
ABDUL AZIZ menunjukkan antara barangan yang ditemui
dalam sebuah rumah di Taman Kampar, Kampar semalam.
dalam sebuah rumah di Taman Kampar, Kampar semalam.
KAMPAR - Polis berjaya memberkas tiga lelaki lagi yang aktif dalam jenayah pecah rumah di daerah ini sejak setahun lalu selepas menahan tiga lelaki awal pagi Selasa lalu.
Tiga lelaki terbabit yang berusia antara 19 hingga 43 tahun itu ditahan ketika sedang nyenyak tidur di sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan barangan curi di Taman Kampar di sini.
Mereka dipercayai menganggotai satu kumpulan penjenayah yang menggelarkan diri mereka Geng Kampar.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata, dengan penangkapan itu pihaknya percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku di kawasan ini termasuk yang terbaru pada awal Januari lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: