Friday, January 22, 2010

Harga beras dijamin kekal


NOH (tiga dari kiri) meninjau stok beras di Gudang Bernas Pelabuhan Klang, Klang semalam.

PELABUHAN KLANG - Kerajaan memberi jaminan tiada kenaikan harga beras di pasaran dalam tempoh enam bulan ini walaupun harga beras dunia mula meningkat ekoran bencana alam di beberapa negara pengeluar.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ini kerana syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) kini mempunyai stok penimbal berjumlah 292,000 metrik tan yang mencukupi untuk menampung keperluan bahan makanan utama penduduk negara ini.

Pada masa yang sama, ujar beliau, pengeluar beras tempatan lain telah menyimpan bekalan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan akan datang.

"Bagi tempoh enam bulan akan datang juga, kita akan dapat bekalan apabila beberapa negara luar yang terjejas akibat bencana alam mula mengeluarkan beras," katanya selepas mengadakan lawatan dan pemeriksaan mengejut bekalan beras di Gudang Stok Penimbal Beras milik Bernas di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: