INI bukan kisah penerbit tetapi kisah seorang pelakon yang sudah lama dalam industri lakonan tanah air iaitu Anne Ngasri. Cik Normah suka melihat penampilan terbarunya dengan imej bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah.
Mula-mula Cik Normah ingatkan dia sekadar bertudung untuk iklan, tetapi rupa-rupanya Anne memang mahu berubah. Cik Normah suka tengok Anne dengan imej barunya itu, dia nampak ayu dan comel walaupun sudah beranak dua.
Namun kekaguman Cik Normah pada Anne tidak kekal lama apabila terbaca sebuah artikel mengenai kenyataan Anne yang bersedia membuka tudung untuk kesesuaian watak. Hai, pegangan mana yang Anne ikut tu?
Minta maaflah jika Cik Normah mungkin agak kolot, tapi apabila bab begini memang rasanya Cik Normah tak boleh berkompromi. Bagi Cik Normah sebelum bertudung fikir masak-masak betulkah apa yang nak dibuat. Bukan apa, sebelum ini banyak artis yang sebar cerita mereka nak berubah, kononnya selesa dengan imej bertudung. Kebanyakannya membuat keputusan sedemikian selepas pulang dari mengerjakan umrah. Tapi tak sampai beberapa bulan, tudung terbang melayang. Apabila ditanya mana perginya tudung, macam-macam alasan yang tak berasas diberikan.
Dalam kenyataan yang diberikan Anne, dia akan membuka tudung apabila wataknya perlu berbuat demikian. Pelik pula Cik Normah, boleh pula memberikan alasan sedemikian. Sepatutnya, Anne minta watak yang tidak memerlukan dia buka tudung. Itu yang sebaik-baiknya. Barulah orang lebih hormat.
Cik Normah bukanlah orang yang bijak pandai dalam agama, tapi sedikit sebanyak Cik Normah tahu juga hukum hakam. Kalau belum bersedia sepatutnya tak payahlah pakai dulu tudung, janganlah terlalu ikut perasaan sangat. Tengok sekarang ini apa sudah jadi? Oklah Anne, Cik Normah minta maaf jika Anne terasa. Cik Normah sedar siapalah Cik Normah untuk menasihati Anne sebab tanggungjawab itu terletak di bahu suami Anne. Anggaplah teguran Cik Normah ini seperti teguran kakak kepada seorang adik.
nak ke xnak,pakai tudung tu wajib...
ReplyDeleteanne... anne..., pakai je ler tudung.. pakai tudung pun masih boleh berlakon aper.
ReplyDeleteala, artis bertudung ke tak bertudung ke sama je...
ReplyDeleteanne...maybe u tak tahu sgt hukum hakam kan???takpe lah..tapi yang penting i lebih suke tgk u pakai tudung.nampak suci sgt sebagai muslim...
ReplyDeleteye la dik, jgnla tanggalkan tudung tu. k, good luck
ReplyDeleteok gak tu..biasa2 kan pakai tudung...harap2 lepas ni pakai terus la ye...lebih baik dari pakai tudung nampak jambul...itu d kira x pakai tudung langsung...
ReplyDeleteastagfirullah..wahai kaum hawa, sedarkah kamu bahawa, memakai tudung dan menutup aurat adalah wajib..!! kamu tak takutkah seksaan Allah..??? jgn buat main2 pasal hukum hakam agama...matkelate
ReplyDeleteKECEWA SESANGAT KAT ANNE...klu x sedia lg, xyah la pakai..tgok skrang nih dh malukan diri sndiri...sna sni org duk ckp psl Anne, insaf just kt mulut je..ala ala chipmore...tp tkpelah, laki dia gak yg tanggung...
ReplyDeletex yah pakai apa2 ......kat akhirat nanti pakai topi api
ReplyDelete