CIK Normah bangga melihat beberapa bekas pelajar Akademi Fantasia yang semakin berjaya dalam kerjaya nyanyiannya. Baguslah jika kerjaya semakin memuncak dan dikenali, tetapi Cik Normah berharap, populariti dan kesenangan tidak menghanyutkan mereka.
Bukan apa, Cik Normah ada dengar cerita mengenai sikap seorang pelajarnya iaitu Akim yang suka berangan-angan. Kawan Cik Normah yang lemah lembut pun boleh tak tahan dengan sikap berlagak Akim.
Cik Normah bertemu Akim, tanyalah baik-baik, apa pandangan dia apabila bersaing dengan rakan-rakan AF dalam satu pertandingan lagu, baru-baru ini.
Amboi! bukan main berlagak lagi jawapan yang diberikan. Takkanlah nak jadi kacang lupakan kulit? Kalau tidak kerana AF, Akim takkan berada di mana dia berada sekarang. Yang buat kawan Cik Normah bengang sebab cara dia menjawab kerana nada tuturnya amat kasar sekali. Macam dia memang tak suka langsung dengan AF.
Bukan itu saja, satu lagi kisah, yang ini berlaku kepada seorang lagi kawan baik Cik Normah yang menghadiri majlis pelancaran konsert yang akan dijayakan anak muda berangan ini. Apabila ditanya apa perasaannya, gementar atau tidak memandangkan dia orang baru, tak takutkah penonton tak ramai. Wah dengan yakinnya dia menjawab, kalau seorang penonton yang datang pun, dia masih tetap kena hiburkan mereka. Seolah-olah hebat sangat. Nak tunjuk keyakinan diri itu tak salah, tapi biarlah bertempat dan berpada-pada.
Pada hal penyanyi lama kalau tak ditanya sekali pun mereka akan menyuarakan kebimbangan mengenai penjualan tiket persembahan. Ini baru setahun jagung sudah nak tunjuk lagak. Sebaliknya kawan Cik Normah puji sikap Hafiz, dia kata Hafiz jawab dengan penuh diplomasi dan penuh sopan santun. Mungkin sebab itulah dia layak bergelar juara sebab sikap merendah dirinya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: