Monday, January 4, 2010

Cinta Intan & Kamal bukan lagi rahsia



Setelah lama berdiam diri dan sering saja menafikan tentang hubungan cintanya, akhirnya Intan Ladyana tampil mengakui dia dan Kamal Adli kini adalah pasangan kekasih.

Gadis manis yang mesra dengan panggilan Intan, mengambil keputusan untuk tidak lagi berteka-teki memandangkan pergerakannya sebagai selebriti sering menjadi perhatian.

“Kalau orang tanya kenapa baru saya cakap, bukan maksud nak berahsia, tetapi malas nak campur hal kerja dengan peribadi. Tapi saya akur sebagai selebriti yang sentiasa dekat dengan peminat, kami akhirnya mengaku sedang bercinta.

“Terus terang saya katakan, saya senang dengan Kamal kerana dia seorang yang sangat memahami dan senang dibawa berbincang. Bukan mahu memuji lebih-lebih tapi setakat ini, dia tak pernah mengongkong saya. Saya berharap hubungan ini akan berkekalan,” katanya.

Intan juga mengakui hubungan mesranya dan Kamal telah terjalin sejak setahun lalu. Katanya, dia berharap akan ada sinar baru dalam hidupnya selepas ini memandangkan antara mereka saling memahami antara satu sama lain.

“Saya harapkan sesuatu yang baik akan menyusul. Tapi soal kahwin tu saya masih tidak fikirkannya lagi. Kami berdua mahu mantapkan karier kami dulu memandangkan ia masih baru lagi,” katanya.

Intan yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Kevin Zahari tidak menolak sekiranya jodohnya dengan lelaki lebih muda.

“Itu semua soal jodoh. Saya tak mahu terlalu berharap tapi saya akan berusaha untuk mengekalkan hubungan cinta ini. Saya tak mahu lagi perkara lama berulang lagi. Senang cerita tutup buku lama dan buka buku baru,” katanya.

Intan bagaimanapun mengakui sudah beberapa kali menolak tawaran berlakon yang menggandingkannya bersama Kamal. Katanya, dia menolak dengan cara baik dengan memberikan alasan yang munasabah.

“Bagi saya cukuplah dua drama saya digandingkan dengan Kamal iaitu Bio-Nik dan Kekasihku Is Setan. Memang kami senang bekerjasama tetapi saya tak mahu disalah ertikan oleh peminat. Tawaran tu memang ada, cuma saya dan Kamal sepakat tak mahu berlakon bersama-sama lagi.

“Nanti orang jemu pula. Macam tu juga dengan fotografi majalah. Ada juga yang kami tolak. Kalau terlalu kerap bersama, macam-macam akan jadi,kan. Saya mahu lebih berhati-hati sekarang ini,”katanya lagi yang berharap peminat mendoakan kebahagiaannya bersama Kamal akan berterusan.

Bercerita mengenai kariernya sebagai pelakon, Intan kini tampil dengan filem Adnan Sempit arahan Ahmad Idham. Filem yang menggandingkan Intan bersama Syazmey Sam ini merupakan filem pertama mereka digandingkan bersama. Seronok dengan watak Nadia yang dipegangnya, Intan sangat berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan terhadapnya oleh pihak produksi dan pengarah.

“Saya akui, pengalaman empat tahun dalam dunia seni ini belum cukup kuat untuk saya. Banyak lagi kelemahan yang perlu saya perbaiki. Tapi untuk filem ini, saya telah berikan yang terbaik tapi masih ada yang tak puas hati. Saya rasa banyak lagi yang perlu saya buat. Tapi tak apa, saya sedia dikritik asalkan kritikan itu dapat membina karier saya lagi dan bukan untuk menjatuhkan saya.

“Berlakon dalam filem ini memang seronok tambahan lagi bergandingan dengan Sam. Walaupun watak saya seorang gadis yang ego dan tegas tapi sewaktu dalam set, kami asyik tergelak sahaja dengan gelagat sam yang membawa watak Adnan Sempit. Karektor Sam yang lebih lawak daripada saya.

“Kadang-kadang tu saya cuba serius, tapi mesti nak tergelak juga walaupun dah beberapa kali latihan. Adegan paling sukar untuk saya adalah ketika di bilik mesyuarat di mana Adnan tiba dan mula bercakap Inggeris. Masa tu memang kelakar sangat. Saya harap filem ini akan dapat sambutan.

Filem Adnan Sempit ini merupakan filem ke 33 terbitan MIG Group. Filem komedi ini bakal menemui penonton pada 14 Januari depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: