Wednesday, January 27, 2010

Busana berjiwa muda


KAFTAN berlengan sebelah daripada fabrik satin dan dijahit manik di bahagian dada untuk ke parti malam hari.


USIA setahun jagung melibatkan diri secara serius dalam bidang rekaan fesyen tidak bermakna Mohamed Yusuf Salleh tidak berkemampuan melahirkan idea yang memberangsangkan pada koleksi rekaannya.

Bermula dengan menjahit pakaian di rumah selama setahun dan kemudian baru setahun membuka butik sendiri, Mohamed Yusuf terus menghasilkan rekaan yang boleh dikatakan setaraf dengan pereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang fesyen.

Menamakan butiknya sebagai Madukara Suteramas, pemilik dan pereka yang berasal dari Kuching, Sarawak ini muncul di Studio Utusan Melayu (M) Berhad dengan beberapa koleksi terbaiknya yang berkonsep khusus untuk orang muda.

Kata Mohamed Yusuf, rekaannya ini yang sesuai untuk acara kasual, koktel, hi-tea dan parti sekadar menggunakan warna-warna ringkas seperti hitam, putih, merah cili dan biru gelap.

Menurut pemegang Ijazah Perakaunan dari Universiti Malaya ini lagi, warna hitam putih menjadi pilihan warna asas bagi setiap rekaannya.

Boleh dikatakan hampir semua koleksinya pasti menggunakan warna tersebut.

''Keistimewaan rekaan baju di Madukara Suteramas terletak pada potongan. Potongan yang betul dan tepat memberikan impak pada pemakainya yang akan membuatkannya nampak cantik dan menarik.

''Bagi mempastikannya, saya sendiri yang memotong dan menjahit baju sama ada yang telah siap atau ditempah pelanggan,'' katanya yang menggunakan fabrik kapas untuk rekaan kasual atau songket, satin dan sutera satin bagi pakaian pengantin.

Tambahnya, dia bukan sahaja membuat baju pengantin Melayu malah untuk bukan Melayu juga. Pelanggan boleh membeli sama ada baju yang sudah siap atau menempah mengikut bajet mereka.

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Disini saya nak komen segala apa-apa fesyen terkini yang tidak menerapkan budaya ketimuran dan berlandaskan islam dimana fesyen seperti diatas tidak sesuai dipakai oleh wanita muslim kerana mendedahkan aurat. Dimana hanya telapak tangan dan muka saja yg boleh dilihat oleh lelaki bukan muhrimnya. Gambar seperti diatas dimana baju tidak berlengan tidak sesuai dipakai oleh wanita muslim. Ingat sekiranya masih berdegil ini bermakna anda telah menempah baju yang diperbuat dari api neraka yang bakal anda pakai di akhirat kelak sekiranya anda tidak menutup aurat. Jangan salahkan lelaki sekiranya anda di rogol kerana anda tidak mahu menjaga aurat. Pakai la pakaian yang bersesuaian dan labuh serta tidak menampakkan bentuk tubuh badan.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: