
AWANG ADEK (kanan) meninjau kaunter perkhidmatan BSN cawangan perbankan Islam
di Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.
di Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Bank Simpanan Nasional (BSN) merancang membuka 20 buah cawangan perbankan Islam miliknya di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning berkata, buat permulaan, sebanyak dua buah cawangan perbankan Islam dibuka di Pengkalan Chepa di sini dan di Kuala Nerus, Terengganu.
Menurutnya, pada masa yang sama, BSN turut merancang untuk menubuhkan sebuah entiti perbankan Islam sepenuhnya yang berasingan sepenuhnya daripada perbankan konvensional.
"Kita sedang mengkaji untuk menubuhkan sebuah entiti perbankan Islam (secara berasingan) tetapi ia bukan dalam tempoh terdekat mungkin dalam masa dua atau tiga tahun lagi.
"Sistem perbankan Islam bukanlah sesuatu yang baru di BSN kerana kita memulakan operasi perbankan Islam bermula pada tahun 1994 dengan hanya dua produk iaitu Simpanan Wadiah dan Al-Mudharabah," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: