PENYANYI montok Azharina memang banyak kontroversi. Buat pembedahan kecantikanlah. Kahwin dengan suami orang kemudian cerailah dan macam-macam lagilah tohmahan yang dilemparkan kepadanya. Tapi Azharina tetap steady. Walaupun melenting, tapi kerjayanya berjalan lancar.
Diva dengar cerita, dia yang sudah memiliki syarikat produksi sejak beberapa tahun lalu kini makin ligat dalam bidang terbit menerbit ini.
Tapi Azharina belum terbitkan drama lagi, sebaliknya dia ligat terbitkan dokumentari dan program berbentuk majalah televisyen.
Khabarnya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Elegi Sepi ini akan menjual program dokumentarinya kepada saluran Asia, sesuai dengan program terbitannya, Asia Ekstra. Asia Ekstra menceritakan tentang destinasi-destinasi menarik di seluruh Asia.
Wah, ligat betul Azharina berniaga. Tapi Diva percaya Azharina mesti boleh berjaya memandangkan dia memang seorang yang kuat bekerja dan rajin. Semoga hajatnya menjual program ke saluran Asia termakbul sempena tahun baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: