
SEBUTAN nama familinya ialah ‘Gren-yay’ bagi yang keliru untuk menyebut nama penuh Adrian Grenier.
Jejaka berusia 33 tahun ini sudah mencipta fenomena Vincent Chase, watak lakonannya dalam siri televisyen yang menggambarkan kisah seorang pelakon popular Hollywood dan rakan-rakannya, Entourage
“Saya hidup menerusi Vince. Saya masih ingat satu adegan dengan gadis-gadis di kolam renang dan saya terfikir inilah kehidupan yang bakal saya lalui untuk beberapa tahun akan datang ini,” ujarnya mengulas watak Vincent yang dilakonkannya sejak tahun 2004.
Tayangan perdana musim keenam siri tersebut di HBO telahpun disiarkan bermula 4 Januari lalu dengan dua episod berturut-turut, selain turut bersiaran pada setiap Isnin pukul 9 malam.
Ternyata kisah harian figura hero Hollywood ini mendapat tempat di hati peminat. Ia merupakan satu tanda aras bagi Adrian untuk terus maju dalam kerjaya lakonan.
Adrian mencipta nama besar melalui siri ini walaupun pernah muncul dalam beberapa filem sebelum ini seperti Devils Wear Prada, Drive Me Crazy dan A Perfect Fit.
Melakonkan kehidupan di sebalik tabir seorang pelakon terkenal, dalam kehidupan realitinya Adrian melakar dua cabang seni dalam kariernya.
Selesa berlakon, dia juga cintakan bidang muzik. Gemar bermain gitar, jejaka kelahiran New Mexico ini merupakan pemain drum bagi grup The Honey Brothers dan vokalis Kid Friendly.
Baru-baru ini sewaktu menyambut tahun baru dengan mengadakan persembahan bersama The Honey Brothers, dia dikejutkan dengan insiden disimbah air oleh seorang lelaki yang mendakwa persembahan Andrian di atas pentas sangat teruk.
Terkejut dengan peristiwa itu, Adrian bagaimanapun berlagak tenang dan menyambung semula persembahannya.
Dikelilingi wanita-wanita cantik di dalam drama dan kehidupan realiti, Adrian turut mencuba hubungan romantis dengan beberapa selebriti Hollywood.
Dia pernah bercinta selama dua tahun dengan model pakaian renang, Melissa Keller. Kemudian dikatakan mencuba nasib dengan selebriti sosialis, Paris Hilton. Gambar mereka bersama pernah diambil ketika berdua-duaan di rumah Paris di Malibu, Hawaii.
Kisah cinta tragis lelaki bermata cantik ini terjadi apabila dia keluar dengan pelakon, Isabel Lucas.
Kasih mereka putus apabila kekasihnya itu terlibat dalam satu kemalangan bersama pelakon Shia LaBeouf.
Jelas, berwajah kacak bukanlah satu jaminan untuk seseorang itu tidak dicurangi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: