Tuesday, January 5, 2010

20 GRO dalam lubang rahsia

KUALA LUMPUR: Seorang pelayan pelanggan (GRO) warga asing sanggup membahayakan nyawanya apabila menyorok dalam peti sejuk di sebuah pusat karaoke bagi mengelak dicekup, kelmarin.

TAHAN...wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan kedua polis ke atas sebuah pusat karaoke di Jalan Ipoh, malam kelmarin.
TAHAN...wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan kedua polis ke atas sebuah pusat karaoke di Jalan Ipoh, malam kelmarin.

TAHAN...wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan kedua polis ke atas sebuah pusat karaoke di Jalan Ipoh, malam kelmarin. TAHAN...wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan kedua polis ke atas sebuah pusat karaoke di Jalan Ipoh, malam kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan wanita warga Vietnam itu yang menggigil kesejukan akibat menyorok dalam peti sejuk berkenaan hanya sia-sia apabila beberapa anggota polis menemuinya. Wanita itu adalah antara 31 GRO yang ditangkap dalam serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian Haram dan Maksiat (D7) Bukit Aman di sebuah bangunan di Jalan Ipoh, malam kelmarin.


Dalam serbuan jam 8.30 malam itu, polis menemui 20 lagi wanita dalam sebuah lubang rahsia yang dibuat pengusaha pusat karaoke berkenaan untuk mereka bersembunyi jika diserbu polis.


Polis turut menemui 10 lagi wanita warga Vietnam sedang melayan pelanggan dalam beberapa bilik karaoke di premis berkenaan, manakala pengurusnya pula ditahan bagi membantu siasatan kerana membenarkan warga asing bekerja tanpa permit sah.


Ketika ditahan, wanita berusia 18 hingga 32 tahun itu berpakaian seksi.


GRO warga asing itu ditahan kerana dipercayai menjalankan aktiviti tidak bermoral kerana selain sebagai penghibur di premis berkenaan, mereka juga dikatakan boleh ditempah pelanggan untuk tugasan ‘khas’ lain.


Dua bulan lalu, pusat karaoke sama, yang ‘melarang’ pekerja wanita warga asingnya dari China, Indonesia dan Vietnam memakai coli ketika melayan pelanggan, diserbu pihak berkuasa.


Dengan membayar RM60, pengunjung pusat berkenaan dikatakan dapat menggunakan khidmat GRO di bilik karaoke.


Pelanggan juga boleh membawa keluar pekerja terbabit dengan membayar sejumlah wang atas persetujuan antara pelanggan dengan wanita pilihannya bagi menawarkan khidmat seks di luar premis berkenaan.


Dalam operasi 18 November lalu, polis memberkas 13 lelaki, semuanya pelanggan pusat itu untuk tujuan dokumentasi, selain 41 wanita iaitu enam warga China, seorang Indonesia dan selebihnya Vietnam berusia 17 hingga 28 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: