Perhatikan kedudukan tangan kanan Zaefrul. |
Mulianya hati si isteri merelakan keintiman dan aksi manja suami bersama perempuan lain
SEBELUM bercerita lanjut mengenai 'drama bersiri' membabitkan dua pelakon Spa Q musim kedua (Spa Q 2), Zaefrul Nadzarine Nordin, 43, dengan Azizah Mahzan, 45, Zubir ingin membawa perhatian mengenai spekulasi siapakah bakal pengetua Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) yang akan bermula sekitar Mac ini.
Banyak nama yang disebut-sebut bakal menduduki 'kerusi panas' jawatan paling penting di AF7, antaranya ialah Datuk Sheila Majid, Datin Seri Tiara Jacquelina, Ramli MS, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Norman KRU dan tidak ketinggalan, Acis yang kini sudah pun dilantik sebagai pengarah muzik AF7. Seorang lagi yang disebut-sebut ialah Anita Sarawak.
Baiklah, saat yang kita tunggu-tunggu mengenai kesinambungan kisah keintiman pasangan yang mendakwa umpama kakak dan adik - Azizah dan Zaefrul yang Zubir dedahkan di ruangan ini, Ahad lalu. Sebaik saja gambar Azizah yang duduk di atas riba Zaefrul, bersama botol arak di sisi mereka terpampang di dada akhbar, Zubir menerima lebih banyak kiriman e-mel gambar aksi mesra pasangan itu, selain penampilan Azizah yang lebih seksi!
Satu gambar seperti yang Zubir paparkan hari ini apabila ia menampilkan aksi Azizah dan Zaefrul yang seolah-olah sedang berpesta di sebuah majlis keramaian. Namun, perhatikan betul-betul kedudukan tangan kanan Zaefrul, tangan Zaefrul di mana tu? Ada mata lihatlah sendiri, Zubir bukan pakar membuat sebarang spekulasi.
Membaca kenyataan Zaefrul yang disiarkan Harian Metro terbitan 24 Februari lalu, katanya: "Memang kami akrab, tapi umpama adik dan kakak, saya pun tahu batas pergaulan." Begitu juga dengan Harian Metro terbitan 25 Februari, Zaefrul mengakui: "Saya anggap Azizah macam kakak dan tidak pernah melayan lebih daripada sepatutnya. Saya sedar status diri yang saya sudah beristeri dan ada tiga anak."
Bagi Zubir secara peribadi, apabila Zaefrul dan Azizah sudah menganggap kemesraan mereka umpama adik beradik, adakah mereka bebas untuk berpelukan, duduk di atas riba dan tangan si adik boleh merayap ke bahagian 'terlarang' si kakak! Kalau betullah mereka menganggap diri mereka seperti adik lelaki dan kakak, perlakuan mereka boleh diibaratkan cenderung kepada unsur maksiat dan mendekati perbuatan sumbang mahram! Itu sekadar pendapat Zubir yang cetek ilmu ini, bagaimana pula dengan pembaca dan ahli agama yang lebih arif?
Namun, Zubir kagum dengan pengakuan Zaefrul yang bersikap gentleman seperti pengakuannya kepada Harian Metro: "Saya tak boleh salahkan orang lain, tapi salahkan diri sendiri. Disebabkan gambar itu, macam-macam cerita keluar."
Zaefrul juga memiliki isteri, Adelina Ridzuan yang berhati mulia apabila dia rela melihat aksi mesra suaminya bersama Azizah seperti pengakuan Zaefrul dalam Harian Metro terbitan 25 Februari: "Alhamdulillah Adelina sentiasa berdiri di belakang saya. Memang Adelina terkejut tengok gambar itu, tetapi dia tak marah kerana dia tahu siapa saya. Dek kerana izinnya saya dapat jadi pelakon dan tidak mungkin saya akan melukakan hatinya."
Gara-gara gambar mesra Zaefrul bersama 'kakak', kononnya menjadi punca wataknya sebagai Datuk Onn Jaafar dalam pementasan Muzikal Ibu Zain musim kedua digantikan dengan pelakon baru, Jefri Haron. Penerbit muzikal ini, Siti Rohayah Attan dalam kenyataannya kepada Harian Metro terbitan 24 Februari berkata: "Langkah produksi tidak mengekalkan Zaefrul dalam musim kedua ini memang tepat kerana pelakon popular siri Spa Q itu dikaitkan dengan isu moral dan gambar panas bersama Azizah Mahzan."
Zubir sebenarnya bersimpati dengan musibah yang melanda Azizah dan Zaefrul. Hanya kerana beberapa keping gambar peribadi tersebar di internet, mereka harus berdepan dugaan yang mencalar imej dan integriti mereka sebagai pelakon berbakat. Kepada mereka, anggaplah isu ini sebagai pengajaran dan artis lain pula jangan sesekali berniat melakukan perkara yang sama - ambil gambar kurang bermoral!
Zubir buat teguran ini bukan kerana sengaja nak memburukkan imej mereka tetapi kesal dan marah kerana sebagai pelakon yang dihormati apatah lagi lakonan mereka sering diberi pujian, Zaefrul dan Azizah seharusnya menjaga imej dan perlakuan supaya tidak keterlaluan hingga mengundang kemarahan peminat. Tak salah nak mesra tapi berpada-padalah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: