ARTIS ini cantik orangnya, cuma kurang popular untuk tatapan media berbanding rakan seangkatan. CAK mengenalinya melalui seorang rakan, tetapi tidaklah terlalu rapat. Secara kasar, perangainya baik penuh pekerti dan murah senyuman. |
Namun dalam pada itu, ada juga cerita kurang enak pernah CAK dengar mengenainya. Baru-baru ini dia putus cinta dengan seorang pelakon. Ke hulu ke hilir, intimnya mereka sehingga ada cerita timbul mengatakan mereka tinggal sebumbung.
Itu cerita lama! Cerita terkini pula, dia kini menjalin cinta baru dengan seorang peserta sebuah program realiti. Si lelaki boleh dikatakan lebih popular walaupun baru muncul di persada seni. Biarlah mereka nak bercinta, lagipun kedua-duanya penuh sopan.
Kesopanan mereka sehingga terbawa-bawa ke lokasi penggambaran drama si jelita. Si lelaki yang tidak terbabit langsung dalam penggambaran itu sentiasa ada di sana menemani sang kekasih. Kebetulan dia rapat dengan pengarah drama itu.
Bukan mereka kacau orang pun, tetapi kru di situ mula berbulu mata apabila ada adegan suap menyuap, bermanja-manjaan yang tiada dalam skrip.
CAK bukan nak kata apa, tetapi bukan sekali CAK dengar cerita si lelaki ini yang suka membuka gelanggang lawak biar di mana dia berada sekalipun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: