Monday, March 30, 2009

Farahdhiya berasa lega


FarahDhiya


KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon jelita, Farahdhiya atau Farah Dhiya Mohd. Amin, 25, yang sebelum ini bernaung dengan syarikat Maestro Talent Sdn. Bhd. (Maestro) masih mampu tersenyum walaupun syarikat itu dikatakan bakal menghentikan operasinya pada 1 April ini.

Ia ekoran, album ketiganya yang menjalani rakaman penuh bersama Maestro sudah siap dan hanya menunggu lampu hijau daripada Ketua Pegawai Operasinya, Freddie Fernandez untuk dipasarkan.

“Saya pada mulanya terkejut bila dapat tahu mengenai penutupan Maestro dan risau mengenai album saya kerana album kedua saya dulu ‘terkubur’ sebab syarikat NAR Record ditutup dan saya tak mahu pisang berbuah dua kali,’’ katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.




Kosmo! kelmarin melaporkan Maestro bakal ‘tutup kedai’ mulai 1 April ini dan akan diambil alih Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB).

Dalam pada itu, tambah Farahdhiya, beliau akan berjumpa Freddie pada minggu depan dan beliau pernah berjanji untuk mengeluarkan albumnya serta menjalankan promosi serta pihak yang bertanggungjawab untuk mengedarkan albumnya itu.

“Saya gembira bila Freddie cakap dia akan keluarkan album saya, tapi kalau dah keluar, promosi tak ada pun tiada makna juga,’’ tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: