"SEKIRANYA saya hidup ketika era 60-an, saya pastinya akan cuba menawan hati John Lennon dan sanggup bersaing dengan isterinya, Yoko Ono."
Demikian pengakuan penyanyi Amerika, Lady Gaga, 23, atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta yang menegaskan dirinya dilahirkan pada era yang salah.
Malah tegasnya, dia pasti mampu menyesuaikan diri dengan baik semasa zaman The Beatles mencapai kemuncak kemasyhurannya.
"Saya amat yakin sekiranya saya berada di tahun 1968, saya mungkin bukan merupakan Lady Gaga seperti hari ini.
"Saya mungkin akan bertengkar dengan Yoko Ono dan cuba memenangi hati John Lennon," tambahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: