PENYANYI yang popular dengan lagu Mercy, Duffy cukup serik dan bersumpah untuk tidak endors mana-mana produk lagi setelah iklan komersial Diet Coke yang dijayakannya teruk dikritik oleh kempen keselamatan jalanraya di United Kingdom.
Penyanyi berusia 24 tahun itu sedang mempromosikan minuman karbonat berkalori rendah itu menerusi kempen iklan Eropah, yang mana iklan tersebut menyaksikan Duffy menunggang basikal di jalan yang gelaptanpa helmet dan gear atau peralatan cerah.
Penyanyi itu dikritik tentang iklan itu oleh pegawai-pegawai di 'Royal Society for the Prevention of Accidents', selepas iklan tersebut ditayangkan buat pertama kalinya bulan lalu.
"Pengiklan sering lupa bahawa mereka perlu memastikan aspek keselamatan dan undang-undang diambilkira di dalam sebarang iklan yang membabitkan individu di jalanraya," kata wakil komuniti itu.
Lantaran itu, Duffy menegaskan dia tidak lagi akan mempromosikan sebarang jenama dan hanya ingin memberi tumpuan sepenuhnya terhadap karier muzik.
"Saya hanya mampu memberikan 100 peratus terhadap apa yang saya lakukan dan semua itu adalah ke arah kerja-kerja kreatif saja. Jadi, saya tidak akan buka pintu terhadap perkara lain," kata Duffy.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: