BEBERAPA kali juga CAK dengar cerita kononnya Diddy Hirdy sudah putus tunang dengan buah hatinya, Ellen Norazah. Terbaru dua minggu lalu apabila seorang teman bertanya dalam nada memberikan kenyataan. |
CAK nafikan cerita itu, ketika itu juga sebab CAK baru jumpa Diddy sehari sebelumnya dan berceritakan hal yang kebetulan berkaitan.
Pun begitu, bukan itu yang CAK nak katakan di sini. Melalui tajuk di atas, sudah cukup untuk CAK berikan gambaran mengenai kisah selanjutnya. Memang benar penyanyi lagu Sudah ini menghadiri kursus perkahwinan Februari lalu.
Bagaimanapun kursus itu sekadar untuk persediaan, bukan bermakna Diddy akan bergelar suami dalam masa terdekat. Ellen masih bergelar tunangan!
Mulanya CAK difahamkan yang Diddy tidak mahu menghebahkan hal berkaitan kursus wajib untuk bakal pengantin itu, tetapi ceritanya mula diperkatakan sejak pihak syarikat yang menganjur kursus itu menyiarkan dalam laman web mereka.
Dengarnya Diddy terkejut juga apabila diaju soalan itu kerana dia tidak tahu menahu yang syarikat berkenaan ‘melariskan’ nama artis untuk mempopularkan tempat mereka.
Bukan Diddy saja, gambar selebriti lain pun ada. Nasi dah jadi bubur, rahsia itu kini terbuka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: