Saturday, March 28, 2009

Kes Zamzarina: 2 individu diambil keterangan


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Polis belum bersedia mendedahkan identiti dua individu yang ditahan bagi merakam kenyataan berhubung fitnah khalwat personaliti RTM Zamzarina Zambri, 36, dengan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid berkata, memandangkan kes itu belum selesai, polis mengambil langkah untuk tidak menyiarkan latar belakang atau identiti kedua-dua individu yang diambil keterangan.

"Selagi kes belum selesai, polis akan memanggil sesiapa sahaja yang berkaitan dengan kes itu bagi membantu siasatan.

"Semua ini merupakan proses biasa dalam kes ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut beliau, sehingga semalam hanya dua individu yang ditahan untuk diambil keterangan dan setakat ini belum ada individu lain yang disenarai untuk ditahan.

Dalam pada itu, Zamzarina ketika dihubungi berkata, selagi kes belum selesai beliau tidak mahu memberi sebarang kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: