FILEM yang bakal diarahkan oleh Ridley Scott yang berjudul Robin Hood sememangnya cukup dinanti-nantikan.
Masakan tidak, barisan pelakon yang membintangi filem berkenaan bukanlah calang-calang kerana ia dibarisi mereka yang pernah memenangi Oscar.
Mereka yang dimaksudkan ialah Cate Blanchett yang telah pun menyatakan persetujuannya membintangi filem tersebut dengan memegang peranan sebagai Maid Marian selepas Sienna Miller menarik diri.
Russell Crowe pula merupakan satu-satunya pelakon yang sudah lama 'mengikat' dirinya untuk filem berkenaan dan dia bakal memegang watak Robin Hood.
Terbaru, pelakon veteran, Vanessa Redgrave juga sudah menyertai produksi ini dan pemenang Oscar itu akan memegang watak sebagai Ratu Eleanor dari Aquitaine iaitu bonda kepada Raja John yang akan dibawa oleh Oscar Isaacs.
Robin Hood atau judulnya sebelum ini, Nottingham akan menjalani penggambaran sebaik sahaja tamat tempoh perkabungan Vanessa yang baru sahaja kematian anaknya, Natasha Richardson baru-baru ini
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: