Saturday, March 28, 2009

Inginkan anak perempuan




PASANGAN sama cantik dan sama padan, Marcell Siahaan dan Rima Melati Adams yang bernikah pada 28 Januari lalu mendedahkan mereka tidak pernah menangguhkan masa untuk mempunyai anak.

Menurut Marcell, dia dan Rima bersikap positif dalam soal itu apatah lagi mereka mahu menumpukan sepenuh perhatian buat dua cahaya mata yang diperolehi melalui perkahwinan sebelum ini.

Menerusi bekas isterinya yang merupakan seorang vokalis, pencipta lagu dan penulis lirik, Dewi Lestari, Marcell dikurniakan seorang anak lelaki, Keanan yang berusia 5 tahun.

Rima yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga juga mempunyai seorang anak lelaki, Edga Ian Cook, 2.

"Kami tidak menunda, sebaliknya kami sekadar menyerahkan segala-galanya kepada takdir dan ketentuan. Kami telah pun memiliki dua orang cahaya mata melalui perkahwinan lepas.

"Maka tiada salahnya kalau kami ingin memfokuskan terlebih dahulu dengan anak-anak yang ada sekarang. Mereka sudah membahagiakan hidup kami," tutur Marcell teruja.

Enggan berselindung, penyanyi kacak itu inginkan bayi perempuan selepas ini disebabkan dia dan Rima sudah dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

"Kami mahu anak perempuan kerana dua orang lelaki sudah ada. Kalau punya anak perempuan, pasti lucu sama sekali. Kami inginkan dua orang anak sahaja lagi. Jika dicampurkan semuanya selepas itu, cukuplah empat orang cahaya mata.

"Kami sekarang sedang 'berusaha', berdoa, dan menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin untuk mempunyai anak.

Semoga niat kami bakal dimakbulkan pada tahun depan," akhiri Marcell penuh berharap.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: