Monday, March 30, 2009

Kereta berguling masuk sawah


SHARUDIN berjalan keluar selepas keretanya yang dipandu terbabas secara tiba-tiba ke dalam sawah di Jalan Guar Jentik, Padang Besar semalam.


PADANG BESAR – “Pertama kali ditarik, saya masih boleh mengawal kenderaan tetapi bila masuk kali kedua, saya dan kereta ikut melayang dan hanya mampu melaungkan Allahu Akbar.”

Demikian detik cemas yang dialami Timbalan Komander Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Guar Chenderai, Leftenan Kol. Sharudin Ismail, 58, apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dan bergolek sebanyak empat kali hingga ke dalam kawasan sawah.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang di Jalan Guar Jentik dekat sini petang kelmarin, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kenari, bagaimanapun terselamat dan cuma luka di siku kiri.

Menurut beliau, dia sedang dalam perjalanan dari kem tersebut ke Kangar, namun apabila sampai di satu selekoh di jalan terbabit, mendakwa kenderaannya seperti ditarik sesuatu sebelum hilang kawalan dan masuk ke dalam sawah.

“Sedang saya asyik memandu secara perlahan di kawasan bendang itu tiba-tiba saya terasa kereta seperti ditarik. Namun bila ditarik kali kedua, saya tidak mampu berbuat apa-apa.

“Saya hanya melaung Allahu Akbar dan menutup muka dengan tangan agar tidak memberi kesan kecederaan teruk,” ceritanya kepada pemberita.

Jelasnya, beliau mengambil masa lebih 10 minit untuk keluar dari keretanya dan bersyukur tidak mengalami kecederaan serius.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: