|
FILEM yang terkenal dengan deruman enjin lasak serta aksi hero sasa Hollywood, Vin Diesel akan muncul dengan sekuel keempat bersama kesinambungan kisah aksi sesuai untuk tontonan umum khusus buat peminat kereta dan perlumbaan. |
Fast & Furious 4 yang akan mula ditayangkan serentak di pawagam seluruh dunia bermula 4 April ini mengisahkan bekas banduan Dominic Toretto (Vin Diesel) kembali menguasai jalanan di Los Angeles dengan aksi eksotik penuh adrenalin demi menegakkan keadilan.
Meskipun berhadapan musuh kejam yang sanggup membunuh rakannya, Dominic berusaha menoktahkan pemerintahan kejam musuhnya itu. Kali ini Dominic bersama Brian O Connor (Paul Walker) terpaksa menyamar demi misi membalas dendam.
Pelakon lain yang turut menjayakan sekuel terbaru ini antaranya Paul Walker, Jordana Brewster, Michele Rodriquez, John Ortiz dan Laz Alonso.
Bersempena penayangan serentak filem Fast & Furious 4 ini, TV3 akan menyiarkan dua filem sekuelnya, The Fast & The Furious 2, 27 Mac ini jam 10 malam dan 2 Fast 2 Furious, 3 April, pada waktu sama.
Menuju kemuncak tayangan filem ini juga, TV3 mengadakan peraduan Mega Movie bermula semalam (Jumaat). Penonton hanya perlu menonton dua filem ini di Mega Movie, 27 Mac dan 3 April, cari kata penyambungan, kemudian SMS ke 37898 dan lengkapkan slogan The Return of Vin Diesel in Fast & Furious 4 is highly anticipated because.......(tidak lebih dari 15 perkataan).
Hadiah pertama tiket percutian ke Gold Coast (6 hari, 4 malam) dan empat tiket menyaksikan filem ini manakala hadiah sagu hati dua tiket menyaksikan filem serta cenderahati istimewa Fast & Furious 4.
Sementara itu, pengeluar minyak enjin Castrol turut menawarkan hadiah lumayan bernilai lebih RM15,000 melalui pelbagai peraduan sempena tayangan filem ini di pawagam tempatan mulai 2 April ini.
Antaranya tiket menyaksikan tayangan eksklusif Fast & Furious 4, kereta model mini edisi terhad Castrol Edge Fast & Furious 4 dan lebih 20 botol minyak pelincir bersintetik penuh Castrol Edge bernilai RM245 setiap satu.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan sebelum tayangan eksklusif filem ini. Antaranya pameran set mini babak sebenar daripada filem itu yang ditempah khas, permainan Play Station 3 Need for Speed Challenge dan Castrol Edge Sport Speed Challenge.
Bagi pelanggan setia Castrol yang menyelenggara kereta di Pusat Servis Castrol di seluruh negara, lebih 1,000 kereta model mini edisi khas Castrol Edge Fast & Furious Skyline R34 bernilai RM250 setiap satu turut diberi selama tempoh promosi.
Ketua Pemasaran Castrol Malaysia, Mark Ng berkata, Castrol yang sinonim dengan prestasi tinggi, mengukuhkan lagi kedudukan jenamanya dengan Castrol Edge sebagai minyak pelincir rasmi filem Fast & Furious 4.
"Sinergi antara Castrol Edge dan Fast & Furious 4 adalah sesuatu yang semula jadi. Produk kami ini diformulasi secara khusus melalui R&D berteknologi tinggi untuk kereta mewah dan berprestasi tinggi, sama seperti kereta digunakan dalam filem lasak itu," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: