Sunday, March 29, 2009

Mel B sanggup melabur demi filem Perancis

Disebabkan minat yang menebal terhadap filem Perancis, Mel B sanggup melabur dalam satu saluran TV baru yang menyajikan filem-filem Perancis

MEL B akan melabur dalam satu saluran TV baru yang menyajikan filem-filem Perancis.

Thesun.co.uk melaporkan, bekas penyanyi Spice Girls itu berminat untuk melabur dalam Sky's CineMoi yang menampilkan tayangan filem-filem arahan pembikin filem Perancis terkenal antaranya ialah Jean-Luc Godard, Francois Truffaut dan Claude Chabrol.

Mel B menjadi penyokong kuat filem tersebut selepas suaminya, Stephen Belafonte memperkenalkan filem-filem tersebut kepadanya.

"Ini adalah peluang terbaik untuk mengembangkan akitiviti-aktiviti perniagaan saya. Ini merupakan satu usahasama yang unik," kata Mel.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: